IQNA

Mencari pegangan iman yang paling kuat di doa hari ke 25 Ramadhan

15:05 - April 16, 2023
Berita ID: 3102453
TEHRAN (IQNA) - Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud: Pegangan iman yang paling kuat ialah persahabatan dengan wali Allah dan kebencian terhadap musuh Allah. Pada Hari ini; hari ke-25 di bulan Ramadhan yang mulia, kita memohon dan berdoa kepada Allah untuk mendapat pegangan ini.

Hari ke-25 bulan Ramadhan telah tiba. Selepas berhari-hari berpuasa, apa yang kita minta kepada Tuhan sekarang seharusnya melampaui kebendaan dunia dan bahkan melampaui langkah pertama iaitu memohon keikhlasan dan kesucian rohani. Hari ini, seseorang sudah patut meminta Tuhan untuk memberi persahabatan dengan kawan-kawanNya dan memusuhi musuh-musuhNya, iaitu seorang hamba Tuhan sudah berada dalam memperjuangkan kebenaran.

Dalam doa hari ke-25 Ramadhan, kita memohon kepada Allah:

بسْم الله الرَّحْمَن الرَّحیم؛ اللهمّ اجْعَلْنی فیهِ محبّاً لأوْلیائِكَ ومُعادیاً لأعْدائِكَ مُسْتَنّاً بِسُنّةِ خاتَمِ انْبیائِكَ یا عاصِمَ قُلوبِ النّبییّن

“Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang; Ya Tuhan, jadikanlah aku di dalamnya sebagai pecinta kekasih-kekasih-Mu (wali-wali-Mu) dan memusuhi musuh-musuh-Mu sebagai mengikuti sunnah nabi terakhir-Mu, wahai penjaga hati para nabi!"

Persahabatan dengan sahabat Allah dan permusuhan dengan musuh Allah

Salah satu asas penting ajaran dan hukum suci Islam adalah Persahabatan (Tawalla -تَوَالِی) dengan sahabat-sahabat Allah dan permusuhan (التَّبَرِی - Tabara) dengan musuh-musuh Allah, disebut dalam riwayat bahawa pada suatu hari Rasulullah (SAW) bertanya kepada para sahabatnya: Tahukah kamu mana di antara pegangan iman yang lebih kuat?, beberapa sahabat cuba memberi jawapan, tetapi Nabi SAW bersabda:

اَلْحُبُّ فِی اللهِ وَ الْبُغْضُ فِی اللهِ وَ تَوَالِی اَوْلِیاءَ اللهَ و التَّبَرِی مِنْ اَعدَاءِ اللهِ

"Cinta kepada Allah dan kebencian kepada Allah, dan ketaatan kepada wali-wali Allah dan penolakan terhadap musuh-musuh Allah." Yang bermaksud; Pegangan iman yang paling kuat ialah persahabatan dan permusuhan di jalan Allah - persahabatan dengan wali Allah dan kebencian terhadap musuh Allah.

Persahabatan dan permusuhan sesama manusia ada banyak sebabnya.

Jika persahabatan sesama manusia itu untuk akhirat dan pahala rohani, persahabatan ini dikira persahabatan kerana Allah, dan kebencian kerana Allah adalah permusuhan dengan manusia kerana mereka memusuhi wali-wali Allah dan memusuhi Tuhan serta memusuhi jalan ketaatan dan ibadah kepada Tuhan Yang Maha Kuasa.

Tetapi musuh yang berdasarkan dendam peribadi dan dengan tujuan duniawi tidak dianggap kebencian kerana Allah.

Imam-imam suci Ahlulbait nabi SAW adalah contoh terbaik para wali Allah, pada hari ini kita telah memohon kepada Tuhan Yang Maha Esa untuk menjadikan kita dalam kalangan kekasih sejati wali Allah dan memusuhi para pemusuh wali-wali Allah, menurut penjelasan riwayat dibawah tajuk; cinta dan benci kerana Allah sebagai mengikuti Sunnah Rasulullah SAW.

Al-Quran dan Sunnah adalah dua sumber yang diterima oleh semua umat Islam. Sunnah dalam perkataan bermaksud kaedah, dan dalam dokumennya, ia menyampaikan kepada Tuhan dan sebagai undang-undang umum yang mengatur kehidupan masyarakat. Dalam teks doa ini, kita membaca;

مُسْتَنّاً بِسُنّةِ خاتَمِ انْبیائِكَ
"Ya Allah, jadikanlah aku pengikut jalan - sunnah dari nabi-Mu yang terakhir."

*Diambil dari kitab; "Bisikan Orang Berpuasa - «نجوای روزه‌داران» -" Najwoi ruzedoron, berbahasa Farsi - karangan Hujjatul Islam Ruhullah Bidrom (روح‌ الله بیدرام).

captcha