IQNA

Analisis; Konsep Ingatan;

Wanita mempunyai kemampuan sebanding lelaki dalam Pandangan Islam

21:31 - February 16, 2024
Berita ID: 3103923
IQNA - Kepentingan ingatan menurut kitab suci Islam - Al-Quran; Al-Quran berusaha berbicara kepada manusia dengan jalan nasihat yang mempunyai hubungan langsung dengan "ingatan oleh hati manusia".

Wanita mempunyai kemampuan sebanding lelaki dalam Pandangan Islam

 

Punca komunikasi Al-Quran dengan manusia melalui jalan nasihat untuk mengingatkan manusia, kerana manusia adalah makhluk Allah SWT yang "Pelupa", itulah sebabnya makhluk ini dipanggil "insan"; disebutkan dalam riwayat:
سمی الانسان انسانا لنسیانه*  (sumial insanu insanan linisyaanihi), yang bermaksud: "Dinamakan manusia itu insan sebab pelupaannya".

Manusia dilanda oleh kelupaan, kelalaian, ghafil dan tidak ingat, walaupun perkara yang sangat dekat dengannya, lebih khusus jika tumpuan fikirannya hanya urusan keduniaan, sudah tentu urusan akhirat akan hilang dari ingatan nya, sedangkan pada hakikat baginya urusan akhirat adalah perkara penentu nasib awal dan akhir seluruh tempoh kehidupannya di dunia ini; perkara ini justeru sering dilupakan oleh manusia.

Oleh itu Allah SWT telah mengirim meseg peringatan yang terbentuk dalam satu mushaf Al-Quran, penuh dengan seruan memperingati untuk manusia ditambah lagi kehadiran Nabi (SAW) dan keluarga sucinya - Ahlulbayt dan itrah thahirah (as) sepanjang zaman Islam hingga hari kiamat; dengan penjelasan Al-Quran melalui hadis dan tindakan contoh amalan dan keperibadian mulia insan, Allah SWT berfirman menandakan kepentingan perkara ingat:

إِنْ هُوَ إِلَّا ذِكْرٌ لِلْعالَمِينَ وَ لَتَعْلَمُنَّ نَبَأَهُ بَعْدَ حِينٍ
"Al-Quran tidak lain hanyalah peringatan bagi penduduk seluruh alam - Dan demi sesungguhnya, kamu akan mengetahui kabenaran perkara-perkara yang diterangkannya, tidak lama lagi". (Qs,Saad 38:87 - 88).

Nasihat adalah satu konsep Peringatan
Agama juga didefinisikan oleh hadis Rasulullah SAW, sebagai "Nasihat", yang bermaksud semua ajaran Agama Islam itu adalah penuh nasihat;

 الدين نصيحة (Ad-Diinu Nasihah - Agama adalah Nasihat).

Nasihat adalah konsep yang disasarkan kepada hati manusia, sama ada mempunyai hubungan langsung atau tidak langsung dengan hati, kerana juga mempunyai hubungan dengan kerja fikiran dan penaakulan - rasionalisasi mengenai realisasi atau kefahaman terhadap fakta sebenarnya suatu kejadian. Namun yang paling penting dalam semua proses penaakulan ini adalah, saluran akal pemikiran perlu menamatkan prosesnya ke matlamat "ingat", iaitu masuk ke koredor "hati" yang menghasilkan atau memperkasakan "Zikir" kepada Allah SWT.

Jika saluran akal dan pemikiran tidak mencapai koridor masuk ke hati dan zikir, maka semua aktifiti manusia tidak ada gunanya, atau tidak berfaedah untuk nya, oleh itu Allah SWT bersumpah dengan waktu sebagai wadah untuk semua aktifiti kehidupan manusia:

وَالْعَصْرِ، إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ، إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ
"Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam keadaan merugi, kecuali mereka yang beriman dan mengerjakan amal soleh, dan saling memberi nasihat dengan kebenaran dan kesabaran". (Qs, al-Asr).

Kedudukan sama Wanita dan Lelaki dalam mencapai matlamat ubudiah - kehambaan dan Takwa (kedekatan dengan Allah SWT - Qurbu ilalllah) walau ada perbezaan Jenis sarana fitrah fisikal dan kerohanian mereka.

Wanita mempunyai kemampuan sebanding lelaki dalam Pandangan Islam

Kedudukan sebanding dan sama Wanita dan Lelaki dalam potensi atau berkemampuan mencapai matlamat ubudiah - kehambaan dan Takwa (kedekatan dengan Allah SWT - Qurbu ilalllah) walau ada perbezaan Jenis sarana fitrah fisikal dan kerohanian mereka.

Dari segi jenis penciptaan fitrah Wanita yang disediakan oleh Allah SWT sebagai Ibu kepada keturunan manusia dalam arti kesiapan untuk mengandungkan anak, fitrah Wanita memiliki potensi Taqarrub ilallah, lebih berjaya menggunakan "hati" atau "perasaan" daripada fitrah penciptaan lelaki yang diperlukan untuk melindungi Wanita, anak dan orang lemah dari segala kejahatan, bahaya dan pencerobohan musuh, yang lebih diperlukan untuk sifat lelaki adalah pertimbangan rasional untuk bertindak cergas melawan bahaya yang kadang-kadang perlu menjejaskan perasaan "hati" demi membenteras kejahatan dan menegakkan keadilan, oleh itu lelaki memiliki potensi Taqarrub ilallah, lebih berjaya menggunakan Akal fikiran, walaupun kedua mereka memiliki kuasa untuk mengambil pertimbangan dari kedua sarana fitrah ini secara kadar yang diperlukan.

Oleh kerana kecenderungan lembut dan tarikan indah itu adalah kerja "hati" atau perhatian yang mempunyai kesan dalam munajat yang dibuat oleh manusia dan dalam perkara ini wanita lebih merasa cepat untuk merasai sentuhan perasaan ini (kelembutan dan keindahan Tuhan) daripada lelaki, walaupun setiap manusia (sama ada lelaki) tetap memiliki kuasa yang sama untuk boleh mencapai tahap kesempurnaan berzikir, menerima dan patuh pada nasihat dan boleh meraih manfaat ketenangan dari mengingati Allah SWT, sebagai matlamat akhir kerja kedua sarana fitri ini (Akal dan Hati);

الَّذِينَ آمَنُوا وَ تَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia." (Qs, Ar-Ra'd 13:28).

Dengan demikian kita boleh nampak ada perbezaan dan ada kesamaan antara Wanita dan Lelaki, ada jalan dan proses yang berbeza menuju matlamat yang sama; lelaki dan wanita dalam fitrah penciptaannya mempunyai matlamat yang sama, iaitu kedudukan dekat dengan Allah SWT, perkara ini sudah lebih awal dijelaskan oleh Islam melalau firman Allah:

إِنَّ ٱلۡمُسۡلِمِينَ وَٱلۡمُسۡلِمَٰتِ وَٱلۡمُؤۡمِنِينَ وَٱلۡمُؤۡمِنَٰتِ وَٱلۡقَٰنِتِينَ وَٱلۡقَٰنِتَٰتِ وَٱلصَّـٰدِقِينَ وَٱلصَّـٰدِقَٰتِ وَٱلصَّـٰبِرِينَ وَٱلصَّـٰبِرَٰتِ وَٱلۡخَٰشِعِينَ وَٱلۡخَٰشِعَٰتِ وَٱلۡمُتَصَدِّقِينَ وَٱلۡمُتَصَدِّقَٰتِ وَٱلصَّـٰٓئِمِينَ وَٱلصَّـٰٓئِمَٰتِ وَٱلۡحَٰفِظِينَ فُرُوجَهُمۡ وَٱلۡحَٰفِظَٰتِ وَٱلذَّـٰكِرِينَ ٱللَّهَ كَثِيرٗا وَٱلذَّـٰكِرَٰتِ أَعَدَّ ٱللَّهُ لَهُم مَّغۡفِرَةٗ وَأَجۡرًا عَظِيمٗا.
"Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman, dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat, dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar, dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah), dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah, dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar." (Qs, Al-Ahzaab 33:35).

Dalam cara kerja menggunakan fasilitas khusus masing-masing Akal dan hati, yang dikatakan lelaki lebih cenderung penaakulan dan Wanita lebih cenderungan keperihatinan, tetapi kedua-dua kecenderungan fitrah manusia ini boleh dikongsikan untuk satu sama lain dalam pola hidup berkeluarga (Suami-Isteri) atau kerja sama sosial umat Islam bagi kedua jentina manusia yang bertujuan mencapai kesempurnaan kemuliaan insan yang dekat dengan Allah SWT, cukup terang firman Allah dalam melukis kedudukan lelaki dan wanita dalam Islam;

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ ۚ أُولَٰئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana". (Qs, At-Taubah 9:71).

Dan juga aspek anjuran saling tolong-menolong dalam firman Allah menitik beratkan pada kewujudan kebaikan dan takwa dalam masyarakat, sudah sangat jelas:

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
"Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)". (Qs, Al-Maaidah 5:2).

Oleh itu kita dapat faham kenapa Imam Ali (as) menyatakan jawapan ketika ditanya oleh Baginda Rasulullah (SAW) sejurus sahaja setelah beberapa hari mereka bernikah dan hidup bersama dalam satu rumahtangga: 

Soalannya:

سأل النبي الأكرم (ص) أمير المؤمنين (ع):

Bertanya Nabi yang Mulia (SAW) kepada Amirul mukminin Ali (as):
كَيفَ وَجَدتَ أهلَك
"Bagaimana Kamu mendapati keluargamu - (يقصد السيدة الزهراء “ع”)
yang dimaksudkan oleh Baginda Nabi (SAW) adalah syedat Az-Zahra (as)"?
 فقال (ع): نِعمَ العَونُ عَلى طاعَة الله
Maka Imam Ali (as) menjawab: "Paling baik penolong atas ketaatan kepada Allah...". Sumber hadis: (مناقب آل أبي طالب(ع) 3: 356).

Tentu sebelum kejadian soal-jawab ini sepanjang sejarah umat manusia tidak pernah ada kecuali hanya terjadi dalam keluarga suci Ahlulbayt kenabian Islam Baginda Rasulullah (SAW) dalam keluarga Wasi Nabi dan Putri Nabi (SAW), sahaja Fatimah Az-Zahra dan Imam Ali (as), telah diperkenalkan untuk percontohan kehidupan berumah tangga Muslim dan muslimat. Oleh itu untuk mencapai tujuan ini manusia perlukan nasihat dari Agama yang benar (Islam). Dengan merujuk penelitian ilmiah yang berbicara tentang saiz otak lelaki yang bersepadu dan juga bercakap tentang kelembutan hati wanita yang ketara.

Sudah tentu seorang wanita lebih cepat menangis kerana sistem penerimaan fitrahnya lebih emosional - yang disasarkan ke hati, dan lelaki lebih rasional berfikir oleh itu cara yang paling penting dalam menegur dan menasihati sebagai memproses pemerkasaan untuk ingatan yang bermanfaat bagi mencapai matlamat kehidupan bersama manusia iaitu bersama Ibadah kepada Allah SWT, sebagai yang diingatkan oleh Allah SWT dalam firmananya, dengan cara berikut;

ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ ۖ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ ۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ ۖ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ
"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk". (Qs, Al-Nahl 16:125).

Konsep ingat ini boleh digunakan untuk semua lapisan masyarakat manusia; sama ada yang ada di Dunia Barat atau di Timur, kulit berwarna atau tidak, beragama atau tidak beragama, muslim atau bukan muslim, bermazhab atau tidak, orang politik atau bukan, wali atau rakyat, ulama atau umara, wanita atau lelaki, semua dipanggil oleh Tuhan untuk "ingat".

Para pengusung tuntutan persamaan hak dan kedudukan sosial, politik dan ekonomi antara lelaki dan wanita seperti yang berlaku di dunia Barat atau sekular dan telah melanda juga ke dunia Timur dengan slogan-slogan femininnya yang liberal serta demokrasi bebas mutlaknya untuk bersaing dalam segala bidang dengan segala hak dan kebebasan lelaki, sebenarnya mereka tidak mengkaji suara wahyu Tuhan yang bersumberkan kitab suci Al-Quran, yang sudah lebih awal memberikan kedudukan mulia yang sama antara kedua jenis jentina manusia; lelaki dan wanita dengan memperhatikan keperluan hakiki keduanya, walau dalam konteks perbezaan*.

Terdapat beberapa kategori seruan ayat Al-Quran dalam hal ini. 

Beberapa ayat berkaitan dengan akal dan renungan atau berfikir, seperti ayat:

  • أفلا تتفكرون؟

Yang bermaksud: "Adakah anda tidak faham/memikirkan untuk memahaminya?" (QS, al-Anaam; 6).

افلا تعقلون؟
"Apakah anda tidak menaakul/menggunakan akal untuk berfikir supaya ingat?" (آل عمران 65، اعراف 169، هود51، انبیاء 10و 67، صافات 138).

 افلا یتدبّرون؟ 
"Apakah anda tidak merenungkan?" (نساء82).

 افلا تذکّرون؟
"Apakah anda tidak beringat?" (یونس 3، هود 24 و 30، نحل 17، مؤمنون 85، صافات 155، جاثیه 23).

Sebahagian daripada ayat-ayat ini cuba mengingatkan manusia dengan menjelaskan cara kerja, di mana Al-Quran berkata: 

أتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنسَوْنَ أَنفُسَكُمْ وَأَنتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ أَفَلاَ تَعْقِلُونَ؟
"Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal". (Qs, Al-Baqarah 2:44).

Teori dan Praktikal kedua-dua digunakan oleh Al-Quran untuk memperingati manusia sama ada mengungkit hati manusia atau mengungkit akal manusia, untuk mencapai "mutazakkir" atau amalan "orang yang ingat".

Al-Quran membawa kedua-dua ini bersama-sama;  membawa renungan ke dalaman hati (tadabbur) dan akal (taakkul), kita dapati Al-Quran menyebut dirinya beberapa kali dalam beberapa surahnya mengulang kata "zikir" dan kata yang sepadan maknanya seperti:

وَأَنذِرْ عَشِيرَتَكَ ٱلْأَقْرَبِينَ 

(أَنذِرْ - anzir) - (ذکر - zakkir)

Yang bermaksud:

"Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat!". (Qs, Asy-Syu'araa' 26:214).

Atau Al-Quran kerap dalam ayat-ayatnya memperkenalkan dirinya sebagai pemberi "Peringatan", di surah al-Qamar, Tuhan Yang Maha Kuasa beberapa kali mengulang perkataan «مُّدَّكِرٍۢ» "Pengambil Peringatan", seperti ayat ini:

وَلَقَد تَّرَكْنَـٰهَآ ءَايَةًۭ فَهَلْ مِن مُّدَّكِرٍۢ 
"Dan demi sesungguhnya! Kami telah jadikan bahtera itu sebagai satu tanda yang menjadi pengajaran, maka adakah orang yang mahu beringat dan insaf?" (Qs, Al-Qamar 54:15).

وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِن مُّدَّكِرٍ
"Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?". (Qs, Al-Qamar 54:17). 

Demikian Al-Quran banyak sebut dirinya sebagai Pemberi Ingat dan mencari orang yang ingat "Muzakkir/ yang mengambil peringatannya":

وَمَا هُوَ إِلَّا ذِكْرٌ لِلْعَالَمِينَ

Yang bermaksud: "Padahal Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi umat manusia seluruhnya". (Qs, Al-Qalam 68:52).

Al-Quran adalah kitab mengajak pada berfikir dan mengingat dan di dalamnya ada banyak ayat-ayat yang mengajak kita untuk merenung dan berfikir, dan tidak menyebutkan apakah di sana ada peribadi yang menjadi Alim?, walaupun ilmu juga satu jambatan untuk menuju "ingat", namun yang penting Al-Quran inginkan adalah apakah ada orang-orang yang mahu mengingat pada semua aktifiti kehidupan ini?

Ada disebut: apa ada orang berfikir?! yang bermaksud orang berfikir untuk mencapai ingat, sebab fikir itu permulaan untuk berzikir / mengingat.

ٱتْلُ مَآ أُوحِىَ إِلَيْكَ مِنَ ٱلْكِتَـٰبِ وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ ۖ إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ تَنْهَىٰ عَنِ ٱلْفَحْشَآءِ وَٱلْمُنكَرِ ۗ وَلَذِكْرُ ٱللَّهِ أَكْبَرُ ۗ وَٱللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ ٤٥

"Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (Qs, Al-'Ankabuut 29:45).

*Sumber Rujukan Hadis;

(علل الشرایع, جلد۱,  صفحه ۱۵)؛

  حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ أَحْمَدَ بْنِ مُحَمَّدٍ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهُ قَالَ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ أَبِي عَبْدِ اَللَّهِ اَلْكُوفِيُّ عَنْ مُعَاوِيَةَ بْنِ حُكَيْمٍ عَنِ اِبْنِ أَبِي عُمَيْرٍ عَنْ بَعْضِ أَصْحَابِنَا عَنْ أَبِي عَبْدِ اَللَّهِ عَلَيْهِ السَّلاَمُ قَالَ: سُمِّيَ اَلْإِنْسَانُ إِنْسَاناً لِأَنَّهُ يَنْسَى وَ قَالَ اَللَّهُ عَزَّ وَ جَلَّ وَ لَقَدْ عَهِدْنٰا إِلىٰ آدَمَ مِنْ قَبْلُ فَنَسِيَ (القرآن، سوره؛ طه، آیه؛ 115).

*Fakta kesan buruk gerakan feminizm di Barat dan juga telah menjalar ke Timur secara vulgar, kesat atau menjolok mata telah meruntuhkan atau mencabar kesucian keluarga / sosial wanita dan lelaki, sebagai akibat dari kelalaian untuk memperhatikan seruan dan peringatan Wahyu Tuhan; kebanyakan manusia lupa dirinya sebagai milik Tuhan.

*Siri Memperkasa saling memberi nasihat dan tolong-menolong (memberi ingat) dalam membentuk ketakwaan individu dan sosial dalam budaya Dunia Muslimin untuk mencipta Tamadun berkemajuan dalam kemuliaan manusia (karamatul insan - کرامة الانسان ) - kajian Sekhah Al-Idrus; Study Program Muslim Thought (Ph.D) at Al-Mustafa International University, Republik Islam Iran.

captcha