IQNA

Definisi pengkultusan mazhab yang tepat mengelakkan pertikaian

23:25 - August 09, 2023
Berita ID: 3103001
TEHRAN (IQNA) - Jika kita memberikan definisi yang tepat mengenai kajian mazhab dan sempadan ilmu ini dengan teologi dan ilmu-ilmu lain, sambil mengenal pasti mazhab, kita akan mengelak daripada menuduh kafir kepada kumpulan yang berbeza (takfiri).

Sectology (Ilmu tentang mazhab dan sekte) telah dibincangkan pada masa lalu dalam ilmu Kalam dan sebagai cabang pembahasan (Milal  - ملل) bangsa-bangsa dan (نحل - Nihal) sekte atau mazhab. Ayatullah Subhani (آیت‌الله سبحانی) dalam perbincangan Mazhab, Agama dan Kalam (teologi) adalah pembawa standard dan beliau terlebih dahulu telah memperbincangkannya dari orang lain.

Beliau memaknakan "milah" (ملة) yang bentuk jamaknya adalah "Milal (ملل) sebagai Tariqoh (طریقة) - jalan pemikiran dan Tradisi (سنن - سنة) serta aliran adat-istiadat berbangsa dan negara. 

Sebahagian orang menyamakan "Milah" dengan "Syariah", sedangkan keduanya mempunyai perbezaan dan (دین - Din) atau Agama adalah merupakan konsep yang umum dan lebih luas dari Syariah dan Milah. 

"Syariah" (شریعة) adalah cara dan formaliti yang datang dari Tuhan untuk dilaksanakan oleh manusia, tetapi "Milah atau milat" yang kita artikan "bangsa atau negara itu bukan dari Tuhan, oleh itu dalam Al-Quran, orang yang tidak beragama Islam (kafir) dianggap tidak bersyariah, walaupun mempunyai bangsa dan negara serta adat-istiadat. 

Selain itu, "Milat - bangsa, negara dan adat istiadat" boleh dinisbahkan kepada yang baik dan yang buruk, tetapi "Syariah" kerana datangnya hanya dari Tuhan melalui kenabian atau Rasulullah - Utusan Tuhan, semuanya baik; semua yang datang dari Tuhan adalah baik, maka Syariah sentiasa baik dan untuk kemaslahatan, keselamatan dan kebahagiaan manusia.

Sekarang timbul persoalan apakah "Milat - bangsa atau negara" boleh digunakan sebagai mazhab atau aliran agama juga? 

"Milat - bangsa atau negara" boleh digunakan sebagai aliran agama bukan Islam seperti Yahudi (bangsa yahudi), Kristian (bangsa Nasrani), dan Zoroastrianisme (bangsa Zoroaster), dan "Nihal" digunakan untuk mazhab atau sekte agama palsu seperti Baha'i, Khawarij, Daesh - ISIS dll.

Ayatullah Subhani berkata tentang "Nihal" bahawa ia digunakan dalam urusan palsu (batil - باطل ) dan ia juga digunakan dalam maksud tuntutan sesat - dakwaan palsu - kebohongan.

Perbezaan antara ilmu Teologi (Kalam) dan Sectology - Ilmu tentang bangsa, mazhab dan sekte) ialah Sectology hanya membicarakan "perihalan bangsa, mazhab dan sekte - atau hanya menerangkan Milal dan Nihal" dan tidak masuk ke dalam kebaikan dan keburukannya, kerana pembahasan kebaikan dan keburukannya adalah kewajipan ilmu Teologi untuk menjelaskanya.

Sectology membincangkan mereka yang menerima tiga prinsip agama; Tauhid, Kenabian dan Kebangkitan (maad معاد - hari akhirat). 

Sesetengah orang, seperti orang yang berlebih-lebihan - Ghulat -  (ghulu - غلو -  mereka yang melebih-lebihkan sifat-sifat wali Allah dan memuji mereka hingga ke tahap Tuhan), juga telah menerima tiga prinsip ini, tetapi telah mencipta penyelewengan di dalamnya, maka termasuk dalam kajian Sectology.

Ayatullah Subhani telah berkata bahawa diletakkan (Milal  - ملل) bangsa-bangsa dan (نحل - Nihal) sekte atau mazhab berada dalam lingkupan sejarah ilmu, dan sebagaimana setiap sains mempunyai sejarah untuk dirinya sendiri, (Milal - ملل) bangsa-bangsa dan (نحل - Nihal) sekte atau mazhab juga mempunyai sejarah untuk diri mereka sendiri, tetapi perkataan ini tidak benar pada pendapat saya. 

Kita mempunyai kajian tentang Sectology, sejarah teologi (sejarah ilmu Kalam), dan juga ilmu kalam itu sendiri (teologi), yang berbeza antara satu sama lain, sebagai contoh, kami berhasrat untuk menggambarkan Baha'i dan Khawarij, dan lain-lain berdasarkan kitab mereka, yang merangkumi Milal dan Nihal, terutamanya Nihal.
  
Teologi mempertahankan semua unsur agama, tetapi tugas fiqh untuk mempertahankan harus dan tidak harusnya perkara agama; Oleh itu, Ilmu Kalam mempertahankan semua unsur agama, bukan sahaja prinsip agama bahkan unsur-unsur cabang agama dipertahankannya.

Sectology adalah satu ilmu yang baik kerana ia menghalang munculnya "takfiri", tetapi ia sangat rumit kerana terdapat sepuluh ribu mazhab dan idea dan semuanya masing-masing melabel kepada satu sama lain sebagai mazhabnya yang benar. Oleh itu, kita mesti mempunyai prinsip dan kriteria untuk mendasarkan ilmu pengetahuan ini.

Skop Sectology ialah perihal agama dan perbezaan antara agama tanpa kritikan, tetapi Kalam mengkritik mazhab luar agama.

Skop perbincangan dalam penyelidikan Sectology ialah prinsip agama, berbeza dengan ilmu Kalam yang mempertahankan kredibiliti kebenaran prinsip dan cabang agama.

*Petikan daripada kata-kata Amin Shamshiri (امین شمشیری), profesor Hauzah Ilmiah, dalam mesyuarat "Penyiasatan Mazhab Sesat"

 

captcha