IQNA

Ibadah Haji; Rancangan Allah SWT

19:40 - June 20, 2023
Berita ID: 3102748
TEHRAN (IQNA) – Ibadah haji adalah program ilahi yang mengandungi makna yang luas dari pelbagai kepentingan yang diperlukan oleh manusia, sama ada secara individu atau kemasyarakatan dan satu umah yang berketuhanan yang maha esa.

Ibadah haji adalah rancangan langsung dari Allah SWT yang penuh sistematik, semua rancangan Allah bersistematik atau berhemah. Tetapi rancangan ini berbeza daripada semua rancangan lain dengan pelbagai sudut, ciri dan skopnya, ini menunjukkan penguasaan Ilmu Allah yang Agung atas kewujudan manusia, hati manusia, keperluan manusia dan bukan hanya seorang manusia, tetapi masyarakat manusia, bukan dalam satu generasi tetapi dalam beberapa generasi yang berterusan.

Penguasaan ilmiah Allah ini telah menyebabkan program yang disediakanNya untuk manusia sesuai dengan keperluan manusia itu sendiri dalam pelbagai sudutnya dengan memberi peluang kepada manusia untuk menggunakannya, mengambil manfaat darinya. Dalam surah Al-Maidah Allah berfirman;

جَعَلَ اللَّهُ الكَعبَةَ البَيتَ الحَرامَ قِيامًا لِلنّاسِ وَالشَّهرَ الحَرامَ وَالهَديَ وَالقَلائِدَ ۚ ذٰلِكَ لِتَعلَموا أَنَّ اللَّهَ يَعلَمُ ما 
فِي السَّماواتِ وَما فِي الأَرضِ وَأَنَّ اللَّهَ بِكُلِّ شَيءٍ عَليمٌ
"Allah menjadikan Kaabah, rumah yang mulia itu, sebagai tempat tumpuan manusia (untuk menjalankan ibadat dan hal-hal hidup), demikian juga bulan-bulan yang mulia, dan binatang-binatang korban, dan kalong-kalong binatang korban itu. Yang demikian itu, supaya kamu ketahui bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu". (Qs, Al-Maaidah 5:97).

Tuhan menjadikan Kaabah, sebagai Rumah suci, untuk menjadi tiang bagi kehidupan manusia, sudah tentu ia bukan hanya Kaabah sahaja, ada Shahrul haram, ada binatang korban, yang menjadi satu set Ibadah haji, untuk apa semua ini, untuk "qiyaman linnaas", Apa yang peserta haji buat adalah pengajaran secara keseluruhan, generasi yang berturut-turut dan bersambung, bagaimana manusia harus memilih rukun hidup, satu tempat harus bergerak. satu tempat harus diam, satu tempat harus berpantang dan satu tempat untuk hidup bersama.

*Cebisan dari ucapan Pemimpin kerohanian tertinggi Republik Islam Iran; Al-Imam Syed Ali Khamenei (hf) dalam perhimpunan para penghidmat kafilah haji 1444H- dalam tajuk; "Kemanfaatan Ibadah Haji".

captcha