IQNA

Menghidupkan malam Qadar wanita India Muslim dalam 10 hari terakhir Ramadhan + Gambar

9:21 - April 18, 2023
Berita ID: 3102469
TEHRAN (IQNA) - Wanita Islam India, di negara ini, mencipta suasana kerohanian dalam sepuluh hari terakhir bulan suci Ramadhan dengan berdoa dan solat di masjid-masjid di pelbagai wilayah di negara ini.

Laporan IQNA, memetik Al-Youm7; Masjid-masjid India menyaksikan kehadiran ramai wanita dalam 10 hari terakhir bulan suci Ramadhan, yang terlibat dalam doa dan munajat kepada Tuhan di halaman masjid.

Upacara ibadah malam Qadar juga bersamaan dengan acara berkabung pada hari-hari kesyahidan Imam Ali (as) sehingga malam-malam Qadar juga diadakan dalam suasana kerohanian dan keghairahan dengan kehadiran para pecinta Ahlulbait Nabi SAW
dari pelbagai kota di India, dalam ritual yang diadakan pada kesempatan sepuluh hari terakhir bulan suci Ramadhan, di samping membaca Al-Quran, doa Iftitah dan Jausyan kabir, menghabiskan ihya malam qadar dengan doa dan memohon hajat-hajat serta keperluan kepada Allah SWT.

Kira-kira 15 peratus daripada 200 juta penduduk Islam India adalah pecinta Ahlulbait Nabi SAW.

Berikut, gambar ditunjukkan Masjid makam Hazrat Bal di Srinagar di negeri Jammu dan Kashmir, India, tempat wanita berdoa pada sepuluh hari terakhir bulan suci Ramadhan:

 
 

4134524

captcha