IQNA

Penyelesaian Islam; Sikap tidak bertanggungjawab

10:51 - March 15, 2023
Berita ID: 3102342
TEHRAN (IQNA) - Mantan ketua Baitul-Hikmah Iraq merujuk kepada kepentingan ketenteraman dalam kehidupan rakyat, membincangkan penyelesaian Islam untuk menangani sikap tidak bertanggungjawab warganegara dan berkata: "Orang yang soleh pun boleh terjejas atau terpaksa melanggar undang-undang apabila dia hidup dalam masyarakat yang tidak teratur - tidak bertanggungjawab".

Laporan IQNA; Ihsan Amin (احسان امین), bekas ketua (بیت الحکمة) Baitul Hikmah - Perpustakaan Iraq, memberi ucapan pada mesyuarat "Nilai dan Tadbir Urus Bandar" di Institut Penyelidikan Sains dan Kebudayaan Islam di Tehran, petikan yang boleh anda baca di bawah:

Agar penyelidikan menjadi lebih baik, ia harus diperincikan, iaitu masyarakat sosial dan individu manusia juga harus ditangani. Pada asasnya, apa-apa sahaja yang ingin mengambil warna realiti, juga perlu memberi perhatian kepada bidang sosialnya. Apabila kita terjumpa sebuah kota dalam dunia Islam, kita selalu tertanya-tanya sama ada jalan atau kota ini sesuai dengan ajaran Islam dan Ahlul Bait (AS) atau tidak? Sama ada dalam bidang kebersihan atau peraturan dan etika jual beli, atau interaksi orang ramai antara satu sama lain sebagai yang sedang mengamalkan ajaran Islam atau tidak? persoalan ini wujud untuk kita. Untuk membentuk masyarakat sivil - Madani dan bandar, tiga tiang tunjang perlu ada; tiang tunjang pertama ialah hak, kedua ialah tanggungjawab dan kewajipan, dan yang ketiga ialah sistem kedaulatan undang-undang.

Negara yang berbeza kadang-kadang mengalami kekurangan evolusi antara tiang-tiang tunjang ini atau kadang-kadang kekurangan penyegerakan dan keselarasan antara satu sama lain, sebagai contoh; Mereka memberi perhatian kepada satu tiang dan tidak memberi perhatian kepada dua tiang yang lain. Jika kita ingin mencapai keadilan sosial, isu-isu ini mesti dipertimbangkan bersama. Demikian juga bagi pembentukan sistem madani agama, sistem kedaulatan undang-undang di madinah atau bandar adalah sangat penting.

Saya amat menitikberatkan peranan ketenteraman dalam masyarakat, kerana jika ia dibentuk, ia dianggap sebagai panduan kepada rakyat, dan pematuhan undang-undang memerlukan kepatuhan menjaga pelaksanaan undang-undang supaya ketentraman dibentuk terlebih dahulu, dan dalam hal ini, seperti sejenis ketakwaan dan pantangan melanggar undang-undang terbentuk di antara mereka, dan ketentraman ini membantu mereka menghindari kemungkaran dan cacamarba.

Keperluan menjaga ketertiban atau ketentraman ini adalah tuntutan Syariah Agama Islam dan jika tuntutan ini difahami oleh orang ramai, ia akan menyelamatkan rakyat daripada menentang undang-undang, tetapi jika ketentraman ini tidak mengikut kehendak dunia hari ini, ia tidak akan membantu untuk merealisasikan keadilan atau mematuhi undang-undang dalam masyarakat.

Saya menekankan kepentingan perkhidmatan elektronik dalam kerajaan, yang boleh membawa kita untuk mencapai ketertiban dan keadilan sosial, kerana dalam kerajaan elektronik, monopoli dan tingkah laku langsung dikurangkan dan ini boleh membantu untuk mencapai keadilan sosial. Jika kita boleh memberi perhatian kepada perkhidmatan ini di negara-negara Islam, kita telah mengambil langkah asas ke arah merealisasikan keadilan sosial.

Orang yang bertakwa pun mungkin terpaksa melakukan kemungkaran apabila dia hidup dalam masyarakat yang tidak teratur dan tidak tentram - tidak bertanggungjawab dalam mengamalkan undang-undang. Satu lagi perkara penting ialah apa yang membawa mesej berbahaya di dunia hari ini ialah kurangnya tanggungjawab rakyat terhadap masyarakatnya sendiri dan orang di sekeliling mereka. Ini juga merupakan isu penting yang harus kita ingat.

Penyelesaian Islam untuk menangani sikap tidak bertanggungjawab rakyat
Masalah yang dideritai oleh dunia hari ini dan amat berbahaya ialah kurangnya perasaan tanggungjawab dan segala masalah dalam dunia kontemporari seperti konflik, peperangan, penjajahan dan rompakan harta adalah disebabkan oleh hakikat bahawa manusia tidak berasa bertanggungjawab terhadap orang lain.

Oleh itu, masalah utama dunia hari ini ialah akhlak, dan masalah akhlak ini kembali kepada struktur keperibadian manusia, iaitu keperibadian manusia belum terbentuk dengan cara yang betul, sehingga mereka menghadapi masalah di tahap komunikasi peribadi dan keluarga, dan masalah ini berterusan hingga ke tahap hubungan sosial yang lebih luas hingga ke Antarabangsa.

Malangnya, akhlak buruk justeru dapat dilihat di kalangan orang-orang Islam atau terasa telah dipindahkan ke negara-negara Islam dan kita melihat ada warganegara yang tidak mempedulikan kebaikan dan kepentingan umum, dan sebahagian rakyat mendapat manfaat daripada keistimewaan kerakyatan negaranya tetapi tidak mempedulikan kewajipan kewarganegaraannya untuk yang lain.

Penyelesaian Islam dalam bidang ini adalah jelas dan kita mesti menanganinya, yang merangkumi rasa tanggungjawab dan kepimpinan manusia di muka bumi, dan ini adalah penyelesaian yang praktikal untuk menyelesaikan masalah tersebut, kerana pemerintahan manusia di muka bumi bermula daripada memberi perhatian kepada persekitaran, sekeliling dan rasa tanggungjawab ini terus ke tahap yang lebih luas iaitu terhadap seluruh dunia.

captcha