IQNA

Kedudukan Akal dalam ajaran Islam

9:42 - January 16, 2023
Berita ID: 3102082
TEHRAN (IQNA) - Meneliti tafsiran “Al-Manar” «المنار» sebagai salah satu karya yang berpengaruh ke atas pemikir Muslim, menunjukkan tempat akal dan asas kuat ikatan antara akal dan agama dalam Islam.

Laporan IQNA; Syadi Nafisi (شادی نفیسی), seorang profesor di Universiti Tehran, memberi ucapan pada persidangan kedua; «القرآن والعترة من النظر علماء الإسلام» - "Al-Quran dan Al-Itrah dari perspektif ulama Islam", petikan yang boleh anda baca di bawah;

Tajuk perbincangan saya ialah akal dalam Al-Quran dan Riwayat dengan penekanan kepada tafsiran kontemporari.

Perkataan 'Aql' «عقل» digunakan 49 kali dalam Al-Quran dan artikel Ain Qaf Lam - «ع, ق, ل» , dalam semua keadaan ia digunakan dalam bentuk kata kerja (فعلی), dan dalam penggunaan ini, akal dan pemikiran dianggap sebagai cara memahami tanda-tanda ketuhanan.

Juga, akal dan pemikiran dianggap sebagai kriteria untuk matlamat jangka panjang dan penilaian tindakan dalam ayat-ayat tersebut. Makhluk yang paling buruk di sisi Tuhan telah diperkenalkan adalah mereka yang tanpa kebijaksanaan (akal), dan adalah tidak mungkin untuk mencari jalan ke syurga tampa melalui penaakulan (berfikir).

Jika kita ingin mengkaji bidang semantik akal dalam Al-Quran, ia jauh melampaui penggunaan kata-kata lain di mana perkataan "«عقل»"- (kecerdasan - hikmah - kebijaksanaan) digunakan, dan dari sudut pandangan ini, bilangan ayat di mana akal disebut mencapai lebih daripada 300 ayat.

Kedudukan akal dalam Hadis
Akal mempunyai skop yang luas dan kedudukan yang tinggi dalam periwayatan hadis Nabi (SAW). Dari segi kepentingannya kitab-kitab hadis dengan sanad perawi Ahlulbait Nabi (SAW), kita dapat melihat salah satu kitab muktabar khazanah Islam ini adalah kitab hadis Al-Kafi «الکافی», bermula dengan bab "Akal" «عقل» dan "Jahl - kebodohan" «جهل» dengan 36 riwayat hadis.

Kaedah yang sama diikuti dalam kitab Allamah Majlisi «بحارالانوار» - Biharul-Anwar (100 jilid), dan bahagian kitabnya yang bertajuk; «عقل و جهل» - Aql wa Jahl, dimulakan dengan 330 riwayat hadis.

Dalam riwayat lain dengan perihal akal, telah disebutkan bahawa orang yang memiliki akal akan menikmati syurga Allah dan keredhaan Ilahi. Pemilikan akal dianggap sebagai asas kehidupan yang betul dan layak di dunia ini.

Dalam hadis-hadis lain, semua sifat baik itu dinisbahkan kepada akal, seperti yang dibahas dalam hadis bab; «جنود العقل و الجهل» - tentera Akal dan Kejahilan.

Meneliti akal dalam riwayat hadis mempunyai banyak cabaran dan boleh dikemukakan dari pelbagai aspek. Untuk pemeriksaan isu ini, kita akan mengkaji tafsiran al-Manar, yang dipengaruhi oleh pandangan moden zaman kontemporari.

Pandangan Tafsir al-Manar tentang akal:
Pengarang Tafsir al-Manar percaya bahawa Islam adalah agama pertama yang mengaitkan akal dengan agama, dan jika kita melihat kitab-kitab ketuhanan terdahulu sebelum Al-Quran, kita tidak akan melihat sebarang perhatian terhadap akal di dalamnya.

Al-Quran bukan sahaja mengajar kita apa yang perlu kita ketahui tentang Tuhan, tetapi juga memberikan bukti dan alasan rasional untuk membuktikan apa yang diajarkannya.

Salah satu hasil kaedah rasional penulis al-Manar ialah membuka jalan ijtihad. Hasil kedua ialah membuka jalan untuk memahami Al-Quran tanpa meniru orang lain - (melarang taqlid buta). Hasil ketiga ialah pernyataan sebab-sebab Allah swt menetapkan sesuatu hukum.

Walau bagaimanapun, ahli tafsir al-Manar tidak berkeras untuk mengenakan kandungan saintifik pada ayat-ayat Al-Quran. Apa yang penting bagi ahli tafsir al-Manar ialah membuktikan bahawa Al-Quran dengan sains tidak saling bercanggah.

captcha