IQNA

Apa kata Al-Quran / 17

Cara mencegah keruntuhan moral masyarakat

7:00 - July 07, 2022
Berita ID: 3101234
TEHRAN (IQNA) - Al-Quran menunjukkan bahawa tindakan seseorang individu mempunyai kesan yang mendalam dan langsung terhadap keadaan masyarakat, sehingga untuk melakukan reformasi masyarakat, seseorang tidak boleh hanya bergantung pada peraturan sosial yang ketat, tetapi harus berusaha untuk melakukan pembaharuan kepada anggota-anggota masyarakat melalui bimbingan dan kesedaran.

Laporan IQNA; Apakah yang dimaksud dengan Maksiat - معصیة - dosa dan fasad -فساد- kerosakan dan apakah perbezaannya? Dosa ialah perbuatan seseorang yang dianggap ingkar kepada perintah Allah, dengan kata lain melakukan sesuatu yang dilarang Allah atau meninggalkan sesuatu yang diperintahkan oleh Allah. Dan kerosakan akhlak - moral - adalah keadaan yang mengganggu laluan normal kesihatan masyarakat, memusnahkan kebebasan, keselamatan, keadilan dan keamanan awam dan menjadikan masyarakat berada dalam kekacauan dan tidak ada keseimbangan.

Berdasarkan ini, maksiat adalah kerosakan tingkah laku individu dan fasad adalah kerosakan yang berjangkit dalam masyarakat, dan Al-Quran telah menarik hubungan langsung dan meluas antara keduanya:

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ

"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)." (Qs, Ar-Ruum 30:41).

Ayat ini menunjukkan kaitan yang luas antara dosa dan kerosakan. Dosa dan melanggar undang-undang adalah seperti makanan yang tidak sihat dan beracun yang memberi kesan buruk kepada tubuh manusia dan menyebabkan seseorang mengalami reaksi semula jadi atau alamiah. Contohnya, pembohongan dan pengkhianatan menghancurkan kepercayaan kepada pelakunya yang mengganggu hubungan sosial, dan penindasan atau perlakuan zalim sentiasa menjadi punca atau sebab penindasan-penindasan yang lain.

Menurut tradisi Islam yang bersumber dari periwayatan Islami menyatakan, banyak dosa mempunyai akibat menutupi dari rahmat Allah SWT. Sebagai contoh, dalam hadis dikatakan bahawa memotong silaturahim (memutuskan hubungan dengan kaum kerabat) berakibat memendekkan umur dan memakan harta anak yatim menggelapkan hati.

Dalam sebuah riwayat dari Imam Sadiq (a.s.) dikatakan: "Orang yang mati kerana dosa lebih banyak daripada mereka yang mati secara fitrah."

Nabi bersabda: “Zina ada enam azab; Tiga azab di dunia dan tiga azab di akhirat.

Hukuman ini adalah tradisi Ilahi bahawa jika orang tidak memperbaiki diri mereka, dunia penciptaan akan menghakis mereka secara semula jadi dan dengan taat pada peraturan Ilahi akan memusnahkan kejahatan.

Allamah Tabatabai, memetik ayat-ayat Al-Quran yang menekankan bahawa kebatilan tidak kekal dalam sistem penciptaan dan bahawa dunia akhirnya menuju ke arah pemulihan dan pembaharuan:

اِنَّ اللّٰہَ لَا یَہۡدِی الۡقَوۡمَ الظّٰلِمِیۡنَ

"Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim." (Qs, Al-Maaidah 5:51).

Berita Berkaitan
captcha